Sunday, March 12, 2017

Perbandingan: Intel Core i7 vs i5 vs i3

Saya ingin berkongsi berkenaan perbezaan antara Intel i7, i5 dan i3. Mengapa memilih Intel? Kerana bagi saya produk ini menunjukkan satu prestasi dengan teknologi yang paling terkini. 

Jika kita lihat kepada sejarah produk keluaran syarikat Intel, iaitu Core 2 Duo yang berjaya dalam pasaran bertahun lamanya. Dan sehingga kini produk tersebut masih hangat dipasaran. Namun, teknologi tidak berhenti di situ. Kini Intel telah tampil dengan satu barisan unit pemprosesan yang terbaru yang diberi nama siri i dengan binaan arkitek Sandy Bridge.
Dan jika dibandingkan harga untuk Core 2 Duo berbanding barisan Intel Core i3 adalah jauh lebih tinggi. Mengapa? Kerana kini Intel lebih menekankan kepada produk yang mampu dimiliki oleh semua pengguna tetapi mempunyai kapasiti dan kemampuan yang jauh lebih tinggi. Selain itu, Intel sedang membina reputasi untuk menghasilkan produk mampu dibeli selain pesaing terdekat iaitu AMD.

Intel Core i3


Kita bermula dengan barisan yang paling bawah dan diikuti dengan yang paling tinggi. Core i3 adalah unit pemproses yang paling mampu dimiliki. Walaupun harganya rendah tetapi kemampuannya sebagai unit pemproses jauh lebih hebat dan diterima baik oleh banyak golongan pakar dan biasa

Kita bermula dengan barisan yang paling bawah dan diikuti dengan yang paling tinggi. Core i3 adalah unit pemproses yang paling mampu dimiliki. Walaupun harganya rendah tetapi kemampuannya sebagai unit pemproses jauh lebih hebat dan diterima baik oleh banyak golongan pakar dan biasa.
Teknologi yang terbina dibelakang unit pemproses Core i3 termasuklah teknologi 'dual core', sokongan 'hyper threading' dan 'virtualization'. Core i3 menyokong penuh penggunaan versi Windows 64-bits. Dengan mengambil kira kelebihan produk Intel ini yang didatangkan dengan teknologi 32nm, boleh dikatakan Core i3 mempunyai tahap prestasi hampir setanding dengan spesifikasi terendah pemproses Core 2 Quad.
Jadi, adakah perlu anda memiliki Core i3? Bergantung. Sekiranya anda menggunakan komputer untuk melakukan kerja-kerja biasa seperti pemprosesan teks, menghantar emel, melayari internet, mendengar muzik dan lain-lain; Intel Core i3 lebih mencukupi untuk mengendali semua aktiviti ini. Pemproses Core i3 adalah pilihan terbaik untuk kebanyakan pengguna.

Intel Core i5


Core i5 adalah produk pertengahan unit pemprosesan daripada Intel. Ia adalah setapak lebih maju berbanding i3. Core i5 ternyata memberi perbezaan dari segi kelajuan bergantung kepada jenis perisian yang dijalankan. Sekiranya kita mencuba perisian ringkas seperti Notepad, sukar untuk melihat perbezaan prestasi antara i3 dan i5. Tetapi sekiranya kerja-kerja seperti suntingan pelbagai fail dalam Adobe Photoshop, anda akan perasan i5 dilihat lebih mudah mengendali semua ini.

Secara teknikalnya, Core i5 dipasaran sedikit berbeza. Terdapat dua jenis dalam barisan pemproses Core i5 ini iaitu 'dual core' dan 'quad core'. Dual Core i5 mempunyai teknologi 32nm, sokongan 'hyper threading', 'virtualization' dan Turbo Boost. Manakala Quad Core i5 mempunyai teknologi 45nm, 'virtualization' dan Turbo Boost, tetapi tidak dilengkapi dengan sokongan 'hyper threading'.
Jadi adakah kedua-dua jenis Core i5 ini menawarkan prestasi yang sama? Ya, dalam kebanyakan keadaan. Tetapi salah satu jauh lebih baik sekiranya menjalankan aplikasi yang menggunakan 'multi threading'. Pastikan anda mengambil maklum perbezaan antara kedua-dua jenis Core i5 ini seandainya unit pemprosesan yang spesifik menjadi fokus utama.

Sekali lagi, perlukah anda mendapatkan Core i5? Dalam kebanyakan keadaan, memiliki Core i5 adalah yang paling selamat. Core i5 menawarkan prestasi yang mencukupi untuk melakukan aktiviti seperti suntingan video dan permainan, dan lebih daripada cukup untuk menjalankan kerja-kerja ringan seperti pemprosesan teks, melayari internet dan emel. Core i5 adalah produk terbaik, mempunyai harga pertengahan bagi kebanyakan pengguna yang selalu menggunakan komputer dan menawarkan tugasan berbilang (multi task).

Intel Core i7

Terakhir kita akan melihat kepada barisan tertinggi, Intel Core i7. Core i7 adalah unit pemproses yang tertinggi dalam barisan siri i, dan terhebat dalam semua siri Core. Harganya juga adalah yang termahal dalam semua produk Intel. Secara teknikal, Core i7 juga didatangkan dalam dua variasi yang boleh dipilih. Apa yang berbeza dalam jenis ini? Chipset.

Core i7 boleh didapati sama ada yang dibina dengan siri chipset LGA1156 atau LGA1366. Kedua-dua chipset ini menawarkan prestasi 'Quad core', sokongan 'virtualization', 'hyper threading' dan Turbo Boost. Walau bagaimanapun, model siri Core i7 9xxx, yang menggunakan chipset 1366 dikatakan terpantas dan terbaik antara terbaik dalam semua jenis unit pemprosesan, termasuklah AMD.

Kedua-dua variasi Core i7 ini kebanyakan keadaan menunjukkan prestasi yang hampir sama, dan yang pastinya kelajuannya tersangat hebat. Tetapi yang digandingkan dengan chipset 1366 adalah lebih baik untuk digunakan bagi perisian permainan.

Perlukah anda dapatkan Core i7? Semestinya bergantung kepada anda. Bagi kebanyakan pengguna komputer, Core i7 adalah terlebih hebat dan tidak menjadi keperluan penting. Tetapi bagi anda yang mengejar kepada produk terkini dan terpantas, hanya Core i7 sahaja boleh menjawab semua persoalan tersebut.

Jika anda seorang yang pentingkan kepada prestasi dan kelajuan, mungkin Core i7 adalah yang pertama dilihat menepati sasaran. Tetapi ramai yang beranggapan dan khabar angin kuat mengatakan, Intel akan keluarkan satu lagi barisan iaitu "i9". Walau bagaimanapun keluaran ini tidak menjejaskan harga Core i3, i5 dan i7 sekarang. Core i9 adalah unit pemprosesan dalam barisan super prestasi, mengatasi kemampanan i7 sekarang.



No comments:

Post a Comment

Thanks For Visiting My Blog,We Value Your Comments,All Your Comments Will Be Published,Positive Or Negative