Kerosakan sistem fail Windows memang tidak dapat dielakkan. Windows adalah sasaran utama virus, hackers dan malware. Sebelum membuat keputusan untuk memformat, adalah lebih baik membaiki sistem fail dahulu kerana lebih cepat dan menjimatkan wang.
Untuk versi Windows dengan persekitaran yang lebih menarik (Windows Vista dan 7), ada cara mudah untuk membaiki kerosakan ini. Salah satu cara paling biasa adalah menggunakan Repair Disk. Kaedah ini digunakan bagi menggantikan sistem fail Windows yang rosak dan hilang.
Bagaimana membaiki Windows 7 dengan Repair Disk?
1. Setkan boot pertama kepada CD/DVD-ROM. Masukkan CD dan hidupkan komputer. Tekan Press any key to boot from CD or DVD
2. Pilih jenis bahasa (Language to install), masa (Time and currency format) dan keyboard(Keyboard or input method) yang ingin digunakan pada Windows 7
3. Kemudian satu paparan Windows 7 terhasil . Klik pada Repair your computer.
4. Pilih Windows yang telah di install pada komputer dan tekan Next
5. Pada persekitaraan ini terdapat banyak pilihan untuk anda. Pada langkah ini, anda boleh memilih pelbagai jenis cara untuk membaiki Windows 7. Salah satunya Startup Repair. Pilih Startup Repair untuk mula membaiki kerosakan sistem fail.
6. Tunggu sehingga selesai kemudian Restart komputer seperti biasa.
PERINGATAN : Baik baiki dahulu sebelum format.
PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT
[+]WHATSAPP.WECHAT.CALL DAN SMS :
[+]EMAIL : komputerservisdanrepair@gmail.com
[+]FACEBOOK : www.facebook.com/mjkomputerservisdanrepair
No comments:
Post a Comment
Thanks For Visiting My Blog,We Value Your Comments,All Your Comments Will Be Published,Positive Or Negative