Sunday, March 12, 2017

Perbandingan: Intel Core i7 vs i5 vs i3

Saya ingin berkongsi berkenaan perbezaan antara Intel i7, i5 dan i3. Mengapa memilih Intel? Kerana bagi saya produk ini menunjukkan satu prestasi dengan teknologi yang paling terkini. 

Jika kita lihat kepada sejarah produk keluaran syarikat Intel, iaitu Core 2 Duo yang berjaya dalam pasaran bertahun lamanya. Dan sehingga kini produk tersebut masih hangat dipasaran. Namun, teknologi tidak berhenti di situ. Kini Intel telah tampil dengan satu barisan unit pemprosesan yang terbaru yang diberi nama siri i dengan binaan arkitek Sandy Bridge.
Dan jika dibandingkan harga untuk Core 2 Duo berbanding barisan Intel Core i3 adalah jauh lebih tinggi. Mengapa? Kerana kini Intel lebih menekankan kepada produk yang mampu dimiliki oleh semua pengguna tetapi mempunyai kapasiti dan kemampuan yang jauh lebih tinggi. Selain itu, Intel sedang membina reputasi untuk menghasilkan produk mampu dibeli selain pesaing terdekat iaitu AMD.

Intel Core i3


Kita bermula dengan barisan yang paling bawah dan diikuti dengan yang paling tinggi. Core i3 adalah unit pemproses yang paling mampu dimiliki. Walaupun harganya rendah tetapi kemampuannya sebagai unit pemproses jauh lebih hebat dan diterima baik oleh banyak golongan pakar dan biasa

Kita bermula dengan barisan yang paling bawah dan diikuti dengan yang paling tinggi. Core i3 adalah unit pemproses yang paling mampu dimiliki. Walaupun harganya rendah tetapi kemampuannya sebagai unit pemproses jauh lebih hebat dan diterima baik oleh banyak golongan pakar dan biasa.
Teknologi yang terbina dibelakang unit pemproses Core i3 termasuklah teknologi 'dual core', sokongan 'hyper threading' dan 'virtualization'. Core i3 menyokong penuh penggunaan versi Windows 64-bits. Dengan mengambil kira kelebihan produk Intel ini yang didatangkan dengan teknologi 32nm, boleh dikatakan Core i3 mempunyai tahap prestasi hampir setanding dengan spesifikasi terendah pemproses Core 2 Quad.
Jadi, adakah perlu anda memiliki Core i3? Bergantung. Sekiranya anda menggunakan komputer untuk melakukan kerja-kerja biasa seperti pemprosesan teks, menghantar emel, melayari internet, mendengar muzik dan lain-lain; Intel Core i3 lebih mencukupi untuk mengendali semua aktiviti ini. Pemproses Core i3 adalah pilihan terbaik untuk kebanyakan pengguna.

Intel Core i5


Core i5 adalah produk pertengahan unit pemprosesan daripada Intel. Ia adalah setapak lebih maju berbanding i3. Core i5 ternyata memberi perbezaan dari segi kelajuan bergantung kepada jenis perisian yang dijalankan. Sekiranya kita mencuba perisian ringkas seperti Notepad, sukar untuk melihat perbezaan prestasi antara i3 dan i5. Tetapi sekiranya kerja-kerja seperti suntingan pelbagai fail dalam Adobe Photoshop, anda akan perasan i5 dilihat lebih mudah mengendali semua ini.

Secara teknikalnya, Core i5 dipasaran sedikit berbeza. Terdapat dua jenis dalam barisan pemproses Core i5 ini iaitu 'dual core' dan 'quad core'. Dual Core i5 mempunyai teknologi 32nm, sokongan 'hyper threading', 'virtualization' dan Turbo Boost. Manakala Quad Core i5 mempunyai teknologi 45nm, 'virtualization' dan Turbo Boost, tetapi tidak dilengkapi dengan sokongan 'hyper threading'.
Jadi adakah kedua-dua jenis Core i5 ini menawarkan prestasi yang sama? Ya, dalam kebanyakan keadaan. Tetapi salah satu jauh lebih baik sekiranya menjalankan aplikasi yang menggunakan 'multi threading'. Pastikan anda mengambil maklum perbezaan antara kedua-dua jenis Core i5 ini seandainya unit pemprosesan yang spesifik menjadi fokus utama.

Sekali lagi, perlukah anda mendapatkan Core i5? Dalam kebanyakan keadaan, memiliki Core i5 adalah yang paling selamat. Core i5 menawarkan prestasi yang mencukupi untuk melakukan aktiviti seperti suntingan video dan permainan, dan lebih daripada cukup untuk menjalankan kerja-kerja ringan seperti pemprosesan teks, melayari internet dan emel. Core i5 adalah produk terbaik, mempunyai harga pertengahan bagi kebanyakan pengguna yang selalu menggunakan komputer dan menawarkan tugasan berbilang (multi task).

Intel Core i7

Terakhir kita akan melihat kepada barisan tertinggi, Intel Core i7. Core i7 adalah unit pemproses yang tertinggi dalam barisan siri i, dan terhebat dalam semua siri Core. Harganya juga adalah yang termahal dalam semua produk Intel. Secara teknikal, Core i7 juga didatangkan dalam dua variasi yang boleh dipilih. Apa yang berbeza dalam jenis ini? Chipset.

Core i7 boleh didapati sama ada yang dibina dengan siri chipset LGA1156 atau LGA1366. Kedua-dua chipset ini menawarkan prestasi 'Quad core', sokongan 'virtualization', 'hyper threading' dan Turbo Boost. Walau bagaimanapun, model siri Core i7 9xxx, yang menggunakan chipset 1366 dikatakan terpantas dan terbaik antara terbaik dalam semua jenis unit pemprosesan, termasuklah AMD.

Kedua-dua variasi Core i7 ini kebanyakan keadaan menunjukkan prestasi yang hampir sama, dan yang pastinya kelajuannya tersangat hebat. Tetapi yang digandingkan dengan chipset 1366 adalah lebih baik untuk digunakan bagi perisian permainan.

Perlukah anda dapatkan Core i7? Semestinya bergantung kepada anda. Bagi kebanyakan pengguna komputer, Core i7 adalah terlebih hebat dan tidak menjadi keperluan penting. Tetapi bagi anda yang mengejar kepada produk terkini dan terpantas, hanya Core i7 sahaja boleh menjawab semua persoalan tersebut.

Jika anda seorang yang pentingkan kepada prestasi dan kelajuan, mungkin Core i7 adalah yang pertama dilihat menepati sasaran. Tetapi ramai yang beranggapan dan khabar angin kuat mengatakan, Intel akan keluarkan satu lagi barisan iaitu "i9". Walau bagaimanapun keluaran ini tidak menjejaskan harga Core i3, i5 dan i7 sekarang. Core i9 adalah unit pemprosesan dalam barisan super prestasi, mengatasi kemampanan i7 sekarang.



PERBEZAAN SISTEM OPERASI 32 BIT DENGAN 64 BIT


Dalam Bab komputer kita selalu mendengar perkatan 32 Bit dan juga 64 Bit.. Apa perbezaan diantara kedua dua bit tersebut? Teknologi ialah sesuatu yang dinamik dan sentiasa berkembang pesat.Kadang -kadang, bila sesuatu produk yang baru dijual di pasaran,belum sempat majoriti pengguna membelinya atau mengenalinya,sudah ada produk yang baru dan lebih canggih berada dipasaran.

Dahulu windows XP sekarang Windows 8 dan Windows 10 pada 2 tahun akan datang ?apa pula yang akan muncul?

Windows XP      32bit
Windows XP      64bit
Windows Vista   32bit
Windows Vista   64bit
Windows 7       32bit
Windows 7       64bit
Windows 8       32bit
Windows 8       64bit
Windows 10      32bit
Windows 10      64bit



32Bit Dengan 64Bit

Dalam sesebuah komputer, terdapat beberapa elemen yang penting untuk mewujudkan fungsi unit pemprosesan. Salah satunya adalah bas data (data bus). Ianya bukanlah sebuah bas seperti yang selalu kita nampak tetapi ia bertindak sebagai pembawa maklumat atau data (pengangkutan data).

Secara asasnya, ia menyediakan sambungan antara unit pemprosesan, unit ingatan dan beberapa unit lain bagi membolehkan komputer bertindak seolah-olah berfikir. Data-data akan dihantar menerusinya melalui aliran tenaga elektrik.

Dalam unit 32bit, saiz penghantaran setiap data adalah sebesar 32-bits yang bergantung kepada keluasan atau ruang penghantaran. Manakala sistem 64bit mempunyai keupayaan dua kali ganda berbanding sistem tradisional. Berupaya untuk memproses maklumat dua kali lebih pantas.

Sungguhpun begitu, bagi mencapai tahap pemprosesan optimum, unit pemprosesan memerlukan ruangan yang lebih besar supaya data yang dihantar dua kali ganda banyaknya dapat diproses serentak. Oleh sebab itu, wujudnya multi-pemprosesan dalam satu unit (multi core processor).


Sistem Operasi 64bit (Operating system)

Teknologi ini tidak akan sempurna sekiranya perisian sistem operasi yang digunakan tidak menyokongnya. Sekarang jika anda lihat, terdapat pilihan di mana setiap sistem operasi dikeluarkan dalam versi 32bit atau 64bit.
Corak pengendalian data dan pemacu perisian (driver software) perlu serasi dengan perkakas. Seandainya anda menggunakan versi yang berlainan, contohnya Windows 32bit pada komputer 64bit, kadar pemprosesan akan dilakukan pada tahap 32bit sahaja.

Siapa yang perlu menggunakan sistem 64bit?

Adalah lebih tepat saya katakan "Siapa yang akan mendapat kepuasan dengan sistem 64bit?". Jawapan adalah golongan ahli perniagaan, universiti, kumpulan saintifik dan tidak ketinggalan pihak kerajaan. Kebiasaanya golongan ini melakukan kerja-kerja seperti suntingan video, reka bentuk grafik, penghasilan perisian dan banyak lagi.
Namun bagi pengguna biasa (home user), penggunaan sistem 64bit kadang kala merugikan anda kerana anda tidak mungkin akan merasai kelebihannya. Aktiviti seperti pemprosesan teks, pengiraan tabular jadual (excel spreadsheet) dan melayari internet tidak memerlukan tahap pemprosesan yang begitu tinggi.
Anda boleh menggunakan simpanan kewangan untuk mendapatkan perkakasan lain yang lebih bermutu seperti ruangan cakera keras dan kekuatan memori yang lebih tinggi.

Friday, September 2, 2016

Tanda -Tanda Hard Disk Laptop/CPU Anda Mula Rosak Dan Perlu Diganti.

Antara tanda-tanda kegagalan Hard Disk:

1. Komputer anda mengambil masa terlalu lama untuk proses booting atau ketika shutdown.
2. Semasa proses boot ianya tersangkut di sesuatu prasa dengan kadar yang sangat lama
3. Jika anda melalukan proses Copy & Paste ianya mengambil masa yang lama untuk disiapkan
4. Mengeluarkan bunyi bising semasa proses boot (bunyi berdetik detik seperti benda tersangkut)
5. Amat sukar untuk di buat partition dan format jika pun saya ingin memformatnya kembali
6. Hard Disk  anda menjadi lebih panas dari biasa (jika anda menyentuhnya)
7. Terdapat banyak Bad sector di dalam HD anda jika di lihat mengunakan sofware penjagaan HD
8. Jangka hayat HD anda berada dibawah 50% jika di lihat mengunakan sofware HDLife
9. Terima arahan HD Fail pada black Screen
10. HD tidak kelihatan (terdetected) walau dilihat di dalam BIOS  (Blue Screen)
11. Komputer terus gelap walau butang power dan monitor masih menyala (HD fail)  Akhir sekali jika dibiarkan HD anda langsung tak boleh di masuki apa lagi untuk boot ke Windows. 


**Saya sarankan  jika anda nampak simpton dari 1 hingga 8 diatas segeralah backup data mustahak anda sebelum HD anda mengalami kegagalan terus seperti di 9 hingga 11.


[+]EMAIL : komputerservisdanrepair@gmail.com 
[+]FACEBOOK : www.facebook.com/mjkomputerservisdanrepair 
[+]INSTA : MJCOMPUTERREPAIR

Monday, February 15, 2016

An unexpected IO error occurred 0xc00000e9 Windows 7

Acer Laptop
An unexpected IO error occurred 0xc00000e9 Windows 7
+Corrupted Drivers
+Invalid Registry Problems
+Incompatible Driver Installation


[+]EMAIL : komputerservisdanrepair@gmail.com
[+]FACEBOOK : www.facebook.com/mjkomputerservisdanrepair
[+]INSTA : MJCOMPUTERREPAIR

Friday, February 12, 2016

Service & Format desktop PC

 Service & Format desktop PC

+PC conflicted applications.
+Windows error keep pop up.
+Applications crash,
+Performance declined.
+Repair applications problem.








[+]EMAIL : komputerservisdanrepair@gmail.com
[+]FACEBOOK : www.facebook.com/mjkomputerservisdanrepair
[+]INSTA  : MJCOMPUTERREPAIR